PENULISAN TENTANG TOKOH


ENTRY 2

PENULISAN TENTANG TOKOH

Penulisan ini ditulis melalui perbincangan dalam kumpulan dan mengikut kata sepakat semua ahli kumpulan untuk menulis tentang sumbangan beliau terhadap masyarakat terutamanya wanita. Semua maklumat dibawah diperolehi daripada tokoh ini sendiri melalui temuramah yang dibuat. Dato’ Abdul Jalil Hassan banyak memberi kerjasama dengan memberi pelbagai maklumat tentang diri beliau dan kejayaan beliau. Dengan pelbagai maklumat mengenai dirinya diberi menyebabkan kami lebih rapat dan menyanjung tinggi terhadap perjuangan beliau terhadap negara.
Semua maklumat tentang diri beliau diberikan dan saya telah melampirkan maklumat beliau di bawah ini.

Biodata Ketua Polis Ampang Dato’ Abdul Jalil Hassan

Dato’ Abdul Jalil Hassan 59, lahir pada tahun1954 dilantik sebagai Ketua Polis Ampang pada 17 Mei 2013. Perlantikan tersebut bagi menggantikan Panglima Khalid Bin Abu Bakar yang dinaikkan pangkat di jabatan polis negara pada tarikh yang sama.

Biografi Tokoh 

Dato Abdul Jalil Bin Hassan dilahirkan di Johor pada tahun 1954 dan mempunyai adik beradik seramai 5 orang. Dato Abdul Jalil merupakan anak ke 3 daripada 5 adik beradik dan apa yang membuatkan tokoh ini disanjungi kerana kredibilitinya dalam menempuh tugas sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Berbalik kepada latar belakang beliau, Dato Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di negeri Johor yang terletak di Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka. Pada zaman kanak-kanak beliau lagi, Abdul Jalil sangat aktif dalam bidang kokurikulum dan sukan. Hal ini terbukti apabila Abdul Jalil pernah mewakili sekolahnya dalam Unit Kadet Polis dan mendapat beberapa anugerah yang diiktiraf di peringkat daerah. Minat beliau terhadap Unit Kadet Polis membuatkan beliau berazam untuk bergiat aktif secara serius selepas menempuh alam persekolahan.

 Selepas tamatnya persekolah di peringat sekolah rendah, Dato Abdul Jalil melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar. Bakat beliau dalam kadet polis diteruskan ketika di peringkat sekolah menengah di mana beliau membawa nama baik sekolah di perimgkat kebangsaan dalam pertandingan kawad kaki. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau seorang yang sangat komited dan berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Kelulusan

Jalil yang berasal dari Johor Bahru, memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1975 sebagai inspektor percubaan.

Khidmat dalam PDRM 

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
Jalil juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah pada 2003 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.
Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan menjadi pengarahnya setahun kemudian.Pada 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah D7 JSJ Bukit Aman.

Anugerah


9 Pegawai Kanan PDRM terima pingat Kebesaran Negeri Pahang
Pekan, Pahang - 24 Oktober 2011 

PENGHARGAAN DARIPADA SULTAN PAHANG

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur, sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 81, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Seramai sembilan (9) orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah menerima pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dengan membawa gelaran Dato'.
                                              
Penerima terdiri daripada SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan), Bukit Aman, SAC Dato' Haris Wong Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Risikan JSJN, Bukit Aman, SAC Dato' Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas D9 JSJ, Bukit Aman dan SAC Dato' Abd. Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7, JSJ Bukit Aman.

PINGAT KEBESARAN SULTAN KEDAH
Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, dua yang disenarai menerima gelaran sama ialah Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohd Rodzi Ismail dan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman SAC Datuk Abdul Jalil Hassan.

SOALAN-SOALAN YANG DIUTARAKAN KEPADA DATO’ ABDUL JALIL HASSAN

Soalan wawancara:
1-      Soalan mengenai latarbelakang hidup
·         Kehidupan awal (ibu bapa, pendidikan awal, adik beradik, keluarga)
·         Pendidikan tertiari
·         Status perkahwinan, anak-anak, keluarga
2-      Soalan mengenai kerjaya
·         Sebab memilih kerjaya
·         Pencapaian terbaik dalam kerjaya
·         Motivasi dalam kerjaya
·         Sumbangan dalam kerjaya

3-      Pencapaian lain dalam kerjaya
·         Perolehan anugerah, darjat kebesaran

4-      Sumbangan terhadap wanita (tema penulisan)
·         Bagaimana tercetusnya idea tersebut
·         Dorongan tercetusnya idea tersebut
·         Penglibatan tuan dalam program tersebut
·         Pencapaian dalam program tersebut
·         Harapan terhadap program tersebut

5-      Sumbangan lain
·         Bantuan-bantuan lain yang diberikan seperti masjid, rumah anak yatim, orang miskin

DATO ABDUL JALIL BIN HASSAN, SUMBANGAN TERHADAP WANITA

Sememangnya tidak dapat dinafikan, banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Dato' Abd.Abd Jalil Hassan terhadap kaum wanita.Salah satu daripadanya adalah dengan mencetuskan idea Pasukan Ops Cantas Wanita.Pasukan Ops Cantas Khas Wanita ini memberi tumpuan khusus kepada keselamatan golongan suri rumah dan pelajar sekolah.Anggota polis yang memakai pakaian operasi lengkap dan bersenjata mesingan MP5 seperti Unit Tindakan Khas (UTK) itu bakal memberi tumpuan kawalan keselamatan di kawasan sekolah dan perumahan serta lokasi-lokasi berhampiran.
Idea tersebut tercetus daripada isterinya, Datin Alida John Abdullah yang menyarankan beliau agar mewujudkan satu unit khas bagi membantu dan melindungi golongan wanita. Buat permulaan, pasukan tersebut terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Dato’ Abdul Jalil Hassan berkata, operasi pasukan khas itu akan tertumpu di kawasan sekolah menengah sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Katanya, pemantauan di lokasi tersebut bertujuan mengawal serta membendung kegiatan ahli-ahli kongsi gelap yang cuba merekrut pelajar sekolah. "Kita akan pastikan tiada unsur-unsur kongsi gelap cuba mendekati pelajar di luar kawasan sekolah dan inilah tanggungjawab pasukan Cantas Khas Wanita untuk menanganinya. "Selain itu, pasukan ini juga akan memastikan keselamatan suri rumah yang menjalankan aktiviti harian seperti ke pasar supaya mereka berasa selamat," katanya ketika ditemui semasa menyertai operasi pertama pasukan Cantas Khas Wanita berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rampai di sini hari ini. Menurut Abdul Jalil, pihaknya mendapat maklumat terdapat cubaan kumpulan kongsi gelap yang cuba merekrut pelajar di luar kawasan sekolah khususnya golongan yang bermasalah. "Kebiasaannya pelajar-pelajar ini akan diumpan dengan wang ringgit bagi membolehkan mereka rapat dengan ahli kongsi gelap," ujarnya. Mengulas mengenai perkembangan terkini Ops Cantas Khas, Abdul Jalil berkata, secara keseluruhan operasi tersebut telah berjaya menurunkan kadar jenayah indeks sebanyak enam peratus sejak dilancarkan. "Dalam tempoh sama, jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak sembilan peratus manakala jenayah harta benda menurun sebanyak enam peratus," ujarnya.
Selain daripada itu, unit-unit Ops Cantas Wanita ini juga ditempatkan di koc wanita di tren-tren komuter antarabandar bagi memastikan koc wanita hanya digunakan oleh golongan wanita sahaja secara sepenuhnya sekaligus menurunkan kadar jenayah terhadap wanita seperti mencabul dan mencuri.Untuk perancangan pada masa hadapan, Abdul Jalil menambah bahawa unit-unit Ops Cantas Khas Wanita ini akan ditempatkan di kawasan-kawasan parkir di pusat-pusat membeli belah agar keselamatan golongan wanita lebih terjamin. Selain daripada pencetusan program ops cantas wanita, beliau juga banyak membantu golongan-golongan ibu tunggal.Sebagai contoh, beliau merupakan penderma tetap dan mendermakan sejumlah wang perolehan tahunannya kepada persatuan ibu tunggal negeri Kedah yang berpusat di Kompleks Kanchut, Alor Setar Kedah. Persatuan ini  secara aktif membantu ibu tunggal di Kedah dalam memperbaiki kehidupan mereka dari segi kewangan dan sebagainya. golongan ibu tunggal ini terdiri daripada golongan wanita janda, wanita yang suaminya terlalu sakit dan terpaksa menanggung bebanan menyara keluarga, wanita yang diamanahkan untuk menjaga orang lain selain daripada keluarganya sendiri, wanita dengan anak-anak di luar nikah yang memilih untuk menjaga anak mereka, wanita yang telah dipisahkan dari suami mereka dan juga isteri yang diabaikan oleh suami mereka.
Antara aktiviti-aktivitinya tahun ini adalah kursus doa penambahbaikan (untuk orang Islam), kursus industri, bengkel motivasi dan keyakinan diri, bazar untuk jualan produk yang dibuat oleh ibu tunggal, aktiviti runcit, Etika dan persembahan diri kursus, lawatan sambil belajar, dan sambutan perayaan. Selain daripada sumbangan kewangan, beliau juga memberikan sokongan dan dorongan secara moral terhadap golongan para ibu tersebut dengan memberikan motivasi kepada mereka agar mereka dapat meningkatkan semangat mereka sekaligus mengubah taraf hidup mereka. Seterusnya, beliau juga mempunyai beberapa orang anak angkat yang kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan dalam pelbagai bidang.Anak-anak angkat beliau terdiri daripada golongan-golongan yang memerlukan bantuan dan golongan yang pernah tinggal di rumah anak-anak yatim.Beliau membantu mereka dalam memberikan bantuan kewangan agar mereka dapat melanjutkan pelajaran dengan mudah.Daripada 4 orang anak angkat yang disaranya, tiga orang adalah terdiri daripada kaum golongan wanita.
Salah seorang daripada anak angkatnya merupakan pelajar tahun akhir dalam kejuruteraan kimia di Universiti Teknologi MARA. Qurratu Aini Najwa, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Wawa menyatakan bahawa semasa beliau sedang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Dato’ Abdul Jalil telah datang ke rumah anak yatim yang didiaminya untuk memberikan sumbangan, pada waktu itu, Wawa menggantikan sebentar tempat kerani asrama kerana kerani asrama tersebut sedang berehat untuk menikmati juadah makan tengah hari. Secara tiba-tiba, Dato’ Abdul Jalil dan isteri datang dan menyatakan hasrat untuk menymbangkan derma terhadap rumah anak yatim tersebut. Datin Alida bertanyakan kepada Wawa mengenai kerani yang sering bertugas di pejabat tersebut memandangkan Datin Alida dan Dato’ Jalil sering menderma di rumah anak yatim tersebut apabila mereka berkesempatan. Wawa menjawab bahawa kerani sedang berehat.Datin Alida bertanyakan mengenai Wawa. Setelah Wawa menceritakan mengenai peperiksaannya, Datin Alida dan Dato’ Abdul Jalil berjanji jika Wawa berpeluang untuk menyambung pelajarannya, mereka akan memberikan bantuan dari segi kewangan.
Anak angkat kedua beliau, Nurul Amalina Bt Razali, pelajar jurusan perhotelan di Universiti Teknologi MARA. Lebih mesra disapa sebagai Amal.Merupakan rakan sebilik kepada Wawa. Beliau merupakan anak sulung daripada Sembilan beradik.Baru sahaja kematian ayah kira-kira tiga tahun yang lepas.Ibunya pula hanya bekerja sebagai seorang tukang cuci di sekolah berhampiran rumahnya. Dato’ Jalil mengenali Amal melalui Wawa. Semenjak daripada itu, Dato’ Jalil menyara kehidupan Amal di universiti serta memberikan sumbangan terhadap ibu Amal secara bulanan. Nurul Fatimah Al Zahra pula meupakan seoran pelajar perakaunan di Matrikulasi Kedah.Beliau merupakan anak angkat kepada Dato’ Jalil dan Datin Alida.Sebelum ini, beliau turut tinggal di rumah anak yatim dan merupakan salah seorang junior Wawa.Beliau merupakan anak tunggal yang kematian ayahnya sejak beliau berumur tujuh tahun. Pada usia Sembilan tahun, ibunya menghantar beliau ke rumah anak yatim dan terus menghilangkan diri sehingga kini.  Dato’ Jalil mengambil inisiatif dengan menyara pelajaran Fatimah agar Fatimah dapat menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupannya.

Antara gambar-gambar Tokoh


KERJAYA SEBAGAI ANGGOTA PDRM
   


KETIKA PROSES TEMUBUAL . RAKAN SAYA SAHBANI DAN TOKOH.




TOKOH YANG DITEMBUAL MERUPAKAN KELUARGA ANGKAT SAHBANI

Akhir sekali, banyak perkara yang boleh dijadikan teladan hasil dari temubual ini. Antara nilai-nilai murni yang kami perolehi hasil dari tembual ini ialah kita perlulah menghormati wanita walapun mereka ialah golongan lemah, kita harus sentiasa tetapkan matlamat jika ingin melakukan sesuatu perkara, dan jangan beri alasan untuk tidak berusaha melakukan sesuatu. 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Online TV Streaming