Nama
diberi Mohd Izdham bin Mohd Nasri. Aku seorang manusia yang mengamalkan agama
Islam dan merupakan agama sepanjang hayatku. Aku dilahirkan didalam kaum melayu
dan berasal dari negara Malaysia serta anak kelahiran Kedah. Pada setiap tahun
aku akan meyambut hari raya Aidiladha kerana hari raya ini dibarikan kepada
orang Islam sebagai hari untuk menunjukkan kesyukuran kepada tuhannya iaitu
Allah. Pada hari raya Aidiladha, semua umat Islam digalakkan mengadakan majlis
korban. Pada hari tersebut, haiwan yang berkaki empat dan halal serta cukup
syarat korban akan disembelihuntuk disedekahkan kepada orang ramai yang
berkelayakan.
Saya menyambut hari raya di kampung
kerana suasananya sangat meriah berbanding di universiti. Sebelum hari raya,
saya melakukan persiapan untuk menyambut hari raya seperti membeli barang
masakan untuk dimasak pada hari raya. Membakar lemang adalah perkara wajib yang
dilakukan kerana bagi orang melayu lemang merupakan makanan tradisi bagi
menyambut hari raya. Untuk menyediakan lemang buluh perlu dicari untuk
dimasukkan beras pulut dan santan kedalamnya. Sebahagian dari keluarga saya
terutamanya dari kaum lelaki akan masuk ke hutan untuk mencari lemang dan kayu
api sebagai peralatan untuk membakar lemang.
Pada hari raya tersebut, saya dan
keluarga akan pergi ke surau terlebih dahulu untuk solat sunat Aidiladha
sebelum berkunjung ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga. Pada hari
tersebut, terdapat jiran saya yang membuat majlis korban. Dia menjemput seluruh
penduduk kampung untuk datang mengambil daging agihan korban dan memakan
makanan yang disediakan. Ketika di rumah tersebut, semua penduduk dan saya
membantu menyembelih lembu, memotong daging untuk diagihkan dan menyiapkan
makanan untuk diberikan kepada orang ramai. Selepas selesai program tersebut,
saya terus pulang ke rumah untuk berkunjung ke rumah sanak saudaradan jiran
terdekat. Setelah selesai berkunjung-kunjungan, tiba masanya untuk berkunjung
ke rumah rakan-rakan pula.
Sebelum bergerak ke rumah
rakan-rakan saya, terpaksalah menunggu rakan lain untuk datang ke rumah saya
terlebih dahulu. Setelah sampai rakan ke rumah saya, mereka diberi makanan
terlebih dahulu. Kami berehat terlebih dahulu dan memberi makanan kepada
rakan-rakan yang hadir ke rumah saya iaitu nasi tomato. Setelah selesai menjamu
selera dan berehat, kami mula bergerak ke rumah rakan yang terdekat dahulu
iaitu rumah Amri dan kemudiannya ke rumah Faiz. Kemudiannya rancangan tidak
sengaja diaturkan iaitu rancangan untuk pergi ke rumah rakan sekelasnya.
Kami mula bergerak ke rumah
rakannya, iaitu Khairul yang terletak di Taman Nuri, Alor Setar. Semua rakan
kenalannya yang tidak pulang ke kampung masing-masing datang berkumpul di rumah
Khairul. Kami mula berborak tentang apa yang dilakukan pada hari raya dan
menjamah makanan yang dihidangkan. Setelah selesai menjamah makanan dan
berborak, kami mula bertolak ke Yan, Kedah untuk pergi ke rumah Syahidah dan ke
Gurun, Kedah untuk pergi ke rumah bapa tiri Faiz. Di rumahnya kami disediakan
hidangan yang istimewa bagi saya iaitu Bakso dan bergerak ke Sungai Petani,
Kedah untuk menjual kelengkapan motor yang terpakai kepada orang yang menempah
melalui online kerana ini adalah tujuan utama kami pergi ke Sungai Petani.
Setalah selesai urusan itu, kami mula bergerak pulang ke rumah masing-masing.
Kesimpulannya, hari Raya Aidiladha
ini merupakan hari raya yang menarik yang pernah saya lalui kerana banyak
perkara yang telah dilakukan dan tidak dilakukan pada hari raya yang terdahulu.
Oleh itu, saya berharap agar dapat melakukan aktiviti yang lebih baik daripada
hari-hari raya yang telah dilalui supaya hari raya pada masa akan datang lebih
hebat dan meyeronokkan.
0 comments:
Post a Comment