PATRIOTIK DALAM DIRI


ENTRY 3

PATRIOTIK DALAM DIRI

Dalam membuat kerja penulisan ini, saya telah menggunakan banyak perkara untuk mendapatkan maklumat atau sumber yang akan menbantu seperti artikal, buku, web site, dan sebagainya. Semua idea ini diperolehi ketika saya membaca sebuah blog yang menerangkan bagaimana untuk menunjukkan sikap patriotik. Sikap-sikap yang menunjukkan sikap rakyat Malaysia terhadap kecintaan mereka kepada negara telah memberi idea untuk saya menulis pandangan saya tentang sikap patriotik. Kerja ini agak susah ditulis kerana perlu pemahaman sediri dan apa pandangan terhadap makna patriotik yang hanya mempertahankan negara dari musuh. Menurut saya, pemahaman sebegitu hanyalah untuk perjuangan terdahulu sahaja kerana pada waktu tersebut negara kita menghadapi serangan musuh atau dengan lebih tepat lagi negara kita dijajah. Sebagai rakyat Malaysia yang telah banyak menikmati kemerdekaan, mereka perlu menunjukkan semangat mereka dengan sikap yang membantu negara kearah negara yang maju menjelang 2020.
Di bawah ini merupakan kerangka awal perancangan saya dalam sisitem penulisan. Semua bahan yang hendak ditulis di dalam penulisan saya dilampirkan di bawah ini.

Ø  PENGENALAN
Pengertian Patriotisme adalah sikap untuk selalu mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air.
v  ISI 1
mencintai dan menggunakan produk-produk dalam negeri merupakan sebagian dari cinta tanah air. Dengan menggunakan produk dalam negeri bererti kita memberi keuntungan kepada warga Malaysia sendiri. Pembelian barangan tempatan turut membawa kebaikan memajukan industri tempatan selain meningkatkan imej negara.
v  ISI 2
, tidak merosak lingkungan hidup juga merupakan sikap patriotik. Merosakan lingkungan hidup bererti kita tidak mencintai tanah air. Persekitaran hidup yang rosak akan merugikan manusia sendiri. Mengurangkan pemanasan global mungkin kelihatan seperti tugas yang menakutkan dan merupakan persekitaran hidup yang baik, tetapi jika setiap daripada kita memberi komitmen untuk mengambil langkah-langkah sekarang, kita boleh mengurangkan pemanasan global secara berkesan.
v  ISI 3
ikut serta memelihara fasilitas umum. Memelihara kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan untuk keperluan masyarakat dan menjaga warisan budaya juga merupakan cara untuk mewujudkan sikap patriotik dalam diri masyarakat. Kemudahan awam dan kemudahan sosial adalah milik bersama yang perlu dijaga dan dirawat dengan baik supaya dapat dimanfaatkan secara maksimum untuk jangka panjang. Warga masyarakat perlu bantu-membantu antara satu sama lain untuk membina dan memperbaiki kemudahan awam sendiri jika sangat diperlukan tanpa bergantung kepada kerajaan.
v  ISI 4
ikut serta dalam pembangunan bangsa. Negara kita harus terus membangun agar lebih maju dan kehidupan rakyatnya lebih baik. Apabila kita ingin mencintai tanah air, maka kita harus ikut serta dalam pembangunan. Ikut serta dalam pembangunan boleh diwujudkan dengan taat kepada perintah kerajaan, membayar cukai, menjadi pegawai yang baik, dan sebagainya. Kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin pembangunan negara jika remaja kita tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang ingin membangunkan negaea perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan.
v  ISI 5
mentaati peraturan dan undang-undang yang sedia ada untuk menunjukkan sikap patriotik dalam diri individu itu sendiri. Peraturan dibuat agar masyarakat tertib dan nyaman. Jika kita melanggar peraturan akan merugikan diri kita sendiri. Bahkan orang lain dan negara juga akan dirugikan. Berarti jika kita melanggar peraturan berarti kita tidak cinta tanah air. Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme mestilah seorang yang berdisiplin. Ini membawa maksud setiap warganegara Malaysia perlu patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang mahupun perlembagaan negara.

ž  KESIMPULAN
usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas semua pihak. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak pada masa hadapan memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Online TV Streaming