PERMULAAN PENULISAN TENTANG TOKOH


ENTRY 1

PERMULAAN PENULISAN TENTANG TOKOH

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr. Rohizah Binti Halim kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan karya penulisan ini. Tugasan yang diberikan agak mencabar kerana terpaksa menghabiskan masa dan kewangan dalam menemubual tokoh ini. Pembahagian tugasan yang diberikan amatlah sukar untuk disiapkan kerana terdapat dua tugasan yang diberikan iaitu tugasan individu dan tugasan kumpulan.  Perjumpaan pertama yang kami lakukan untuk menyiapkan tugasan berkumpulan ini ialah di Perpustakaan. Perjumpaan pertama yang kami lakukan ini adalah lebih kepada perbincangan dalam menghasilkan soalan yang akan diwawancara kelak. Namun kami semua tidak berkesempatan untuk mewawancara tokoh ini dengan lebih mendalam, hanya Sahbani sahaja yang mempunyai peluang untuk menemubual beliau kerana sahbani yang merupakan salah satu anggota kumpulan kami ialah anak angkat kepada tokoh yang diwawancara. Namun, soalan yang dikemukakan kepada tokoh adalah hasil dari perbincangan bersama bagi memastikan soalan yang diajukan adalah relevan dan berketepatan dengan kehendak pensyarah.

Dalam menghasilkan tugasan berkumpuluan, saya dan tiga lagi rakan saya iaitu sahbani, azman dan haniff tidak menghadapi banyak masalah dalam menghasilkan tugasan berkumpulan, tetapi hanya rungsing dalam memberi "tema" tentang tokoh yang diwawancara. Permulaan tentang penulisan biografi tokoh dibincangkan di dalam kelas terlebih dahulu. Tokoh yang menjadi sasaran pada waktu kami bincangkan terdapat dua tokoh iaitu Datin Alida John Abdullah dan Dato Abdul Jalil Bin Hassan.

Pada permulaan kami memilih Datin Alida John Abdullah untuk dijadikan sebagai tokoh dalam penulisan biografi. Tetapi kami menghadapi banyak masalah untuk bertemu dengan Datin Alida John Abdullah kerana beliau begitu sibuk. Datin Alida John Abdullah terlalu sibuk dengan kerjaya beliau kerana beliau menjadi Dekan School of Gaverment dan Penolong Naib Canselor Colage Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS). Hal ini menyebabkan kami terpaksa mencari tokoh baru iaitu Dato Abdul Jalil Bin Hassan suami kepada Datin Alida John Abdullah. Beliau senang ditemuramah kerana seorang dari ahli kumpulan kami mengenalinya. Dato Abdul Jalil Bin Hassan sangat mudah didekati dan memberi banyak informasi tentang dirinya serta tentang kerjayanya. Semua pengalaman beliau diceritakan dan banyak kisah menarik seta keperitan beliau dilaluinya diceritakan.

Ini gambar tokoh yang dipilih untuk ditemubual.        



NAMA TOKOH : ABDUL JALIL BIN HASSAN 
UMUR : 60 TAHUN 
MENETAP DI : JOHOR 
KATA PERANGSANG SEMANGAT : JANGAN SESEKALI PERNAH BERPUTUS ASA DALAM    
                                                                        KEHIDUPAN !

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Online TV Streaming